SuperAwesome ![]() This blog is handle by two; him and her. No Copymeows and Anon here. I'll kill you later bye. Round-Round Square-Square Tweets by @AminSapian Triangle-Triangle ![]() Skin Made by Aina Hanani Background Founder by Qay Best view in Google Chrome only Cursor by Drikoti & Aina Hanani |
Kenapa
Friday, December 12, 2014 | Friday, December 12, 2014 | 0 BlackWhite
Hai. Aku ni. Cuti sekolah dh mula spm pun dah habis so kita enjoy! Yang jadi persoalannya kenapa? Kenapa semua benda jadi mcm ni? Kenapa ngko tinggal aku mcm ni for almost a week? Kenapa, ko marah aku ke? Ke ko saja nk test aku? Kenapa aku rindu ko? Kenapa ko buat macam ni kat aku? Apa yg aku buat? So persoalan ni yg ada dalam kepala aku. Aku harap ko sihat je walaupun ko tak layan aku. Rasanya boleh je balas text ke whatsapp ke tapi ko taknak. Takpelah nak marah tak boleh lagipun buat apa nak marah bukan ada apa pun. Buat la nak buat apa pun. Aku bukan siapa siapa. Cuma kawan susah senang. Aku tahu ko buat ni semua ada sebab. Cuma aku tak tahu sebab apa je. Kalau bahagia teruskan kalau tak bahagia takpe. Aku pun nak juga bahagia mcm ko. Aku cuma boleh bahagia sorang2. Aku baru nk share cerita2 aku dengan ko. Tapi tak apa lah aku simpan je la sorang sorang. Aku rindu ko sebenarnya cuma ko je tak tahu benda tu kot. Ok bye. Amin aiman si rajin
Wednesday, September 17, 2014 | Wednesday, September 17, 2014 | 0 BlackWhite
Hi and hello to all. Im back for this awesome blog where actually its kinda a diary of mine and the other comot owner of this blog. As you might be able to view the previous post, my partner was having a very critical time with her health problem. But ALHAMDULILLAH everything's fine and she can continue her daily routine that is menggila sepanjang masa *im sorry but that is you hahahahaNot to be forgotten, i was so worried sampai dlm kepala otak ni "haish dia ni biar betul tiba2 sakit pulak ni" hahahaha and semua orang macam habis la ko min habis laaa.....nak buat guano lg redha je la. Tapi semua dh ok kira syukur la. Dah dah aku taknak show off jiwang melayu aku kat sini hahahaha. So i started my holidays as i just finished my bio class at 14 september, two days late compared to her. But who cares sbb bukan affect sangat pun. Went to kelantan straight away after class and had a bored journey there. Mana taknya ada dlm 3 round tdo dalam bas tu jauh gilaaaaaaa. Demi bertemu kedua orang tua ku, aku sanggup merentasi segala dugaam dan cbaran chewahhhh hehehehe. I enjoyed my short vacation there and there are many new things that i learned. And tak banyak yg aku boleh cerita sbb aku ni tak berapa nk awesome la kan, kang kalau cerita jugak buat nyampah korang je. Ko dah kenapa hahahaha. And this is my special post to you, thank you for always updated our blog and always been there for me. Having a nice girl as my true friend is one of the precious gift in my life. Be grateful for who you are and live life the fullest. I know that there's many things i cant give you for the time being, cant do this and that, but trust me maybe one day inshaAllah we can have an awesome journey together and fulfill our dreams. Thats all from me to you hehehehehe Kesakitan.
Friday, September 12, 2014 | Friday, September 12, 2014 | 0 BlackWhite
Assalamualaikum!
Ehem ehem. Well sekarang dah cuti, aku pun cuti! *yayyyyyy* sepatutnya mana boleh cuti ada kelas tambahan, well i ada sebab okay jangan jealous :p HAHAHA okay as usual blog ni bukan lahh dikendalikan oleh Amin Aiman si pemalas tetapi oleh dak somel hihi takleh gitau sape uuuuuuuuu wekk :p
Okay.... Kenapa ko tetibe boleh skip kelas? Ponteng? Cuti beranak? Ke kahwin? Ewah tak lawak lah, dah lah takde orang baca *nangis bawah selimut* haaaa ada lahh sebabnya. Nak tahu ke? Panjang ceritanya~ meh lahh sini aku cerita kannn nnti kempunan kang siap gigit laptop lagi okay kalau tak kelakar senyum je ok?! SENYUM JE SENYUM SENYUM SENYUM *senyum*
-
-
-
-
-
-
-
Hari Jumaat ada program motivasi dgn penceramah luar. Memang best gila! Siap nngs rasa insaf kauuuu haaa kalau tak tobat nasuha kat situ tak tau nak habaq guane lah kannn. Lepas tu aku ajak kengkawan outing dengan aku. Fuhh freedom dia takyah cakap lah kan. Ibarat kau baru keluar dr hutan takde internet gadget apa bagai. Tersenyum macam kera dapat bunga haa ok melampau. Lepas tu aku mmg dah cadang nak gi klinik sebab pinggang aku asyik sakit je. Sedih ok nak belajar macam seksa je. Diorang pun teman lah aku.
Sampai klinik aku pun daftar bla bla bla, "NO ****, BILIK 3" Alah ko macam tak pernah gi klinik pulak kan. Adalah announcement aku pun masuk lah bilik kan dah no aku takkan nak guling guling kat lobi pulak lol eh dah lah merepek --' Nak diadikan cerita, doktor suh aku gi HTAA kat emergency sebab takut appendix............ T.T
Tunggu punya tunggu macam tunggu beratur shopping... fuh aku datang pukul 4, pukul 7 aku kena tahan wad. Aku disahkan kena operate appendix. Punya lah sedih aku kan. Haa tak lawak tau aku tunggu 3 jam macam tugu negara dalam sepital tu pfffft. Eh tak cerita kan apa jadi kat kengkawan aku yang ikut? HAHAHAHA.
Sebelum aku gi sepital tu, mak aku hantar diorang kat Kuantan Parade (KP) sebab rasa kesian lah pulak outing ikut aku nak gi klinik sepital semata ke kan. So aku drop diorang kat KP and aku bg lah phone aku takut emergency *padahal phone dah nyawa nyawa ikan time tu haa ko main lagi merepek repek dalam phone tu hahaha* so diorang balik lambat dengan akak aku sebab mak aku dengan aku. Terpaksa lah sampai lambat kat skolah sebab kejadian secara tetibe ni. Sorry guys sebab nyusahkan korang tp thanks dah happy kan hidup aku seharian hehehe :)
Aku pun duduk sepital dan nak dipendekkan cerita aku kena operate sabtu tengahari. Haa ko kelakar ke tak aku dengan je orang jerit "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!", padahal aku menangis kesakitan dalam sepital tahan sakit punya pasal. So hari ahad aku check out dan aku MC 2 minggu! Hahaha bahagia doe seminggu duk rumah. Lepas seminggu duduk rumah,TETIBE MAK AKU KATA "ADIK, MINGGU DEPAN AWAK GI SEKOLAH EH?" Pergh time tu aku rasa macam... *meraung dalam hati taknak!* tapi aku pikir utk masa depan aku kan. Dah tu sape nak jawab spm aku? Mak aku? Kakak aku? Tak lawak kan. Ok.
So minggu ni aku gi sekoloh ulang alik dr rumah. Banyak mende lg aku takleh buat. Barang banyak banyak takleh bawak. Beg sekolah pun orang angkatkan. Sedih tak cerita aku? Ewah beria hahaha sampai makan pun kena jaga. "EH TU AWAK TAKLEH MAKAN, EH JANGAN MAKAN NANTI GATAL!" Haa dugaan untuk aku, aku terima jelah. Sebab tu aku tak dtg kelas esok and lusa. Ada hal sikit ok. Hahh sedih tp seb baik kelas English dengan LK. Kalau subjek kritikal, nngs tertonggeng aku skip kelas hahaha.
So banyak mende aku tertinggal. Tapi nasib baik dah habis topik DAN BUKAN WAKTU SPM. Buat latihan je sekarang. Kalau tak skip topik yg susah susah nganga aku. Pastu takpun jawab spm dalam wad ahhhhh memang taklah kan!!! Hahaha tak sanggup eden wei. Okay lah aku nak pi study banyak mende nak kena cover balik. Tapi kan, seronok lah bila datang sekolah kawan kawan semua caring.
"Eh ko datang? Kata cuti lagi?"
"Okay tak? Larat ke ni?" "Wehhhhhh ko sihat dah ke? Takpe ke ni?"
Adalah lagi kan. Tapi mana nak ingat semua. Terharu tau! Sayang awaa semuaaaa :')
Tapi ni yang paling ingat sekali;
Jaga diri elok elok. Jangan buat saya risau ok. Get well soon dak somel! :)
*dia tak panggil lahh aku dak somel, kan takleh bgtahu nama :p*
Remembering #MH17 and #SaveGaza
Friday, August 22, 2014 | Friday, August 22, 2014 | 0 BlackWhite
Assalamualaikum.
For the first time in my life, I couldn't believe this would happen. But Allah Maha Mengetahui dan Allah is the best planner tho.
Al-Fatihah.
And lets pray for #Gaza because they are also need our du'a.
Setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin Allah merancangkan yang terbaik utk umat-Nya. Cukup sayu hati aku melihat anak-anak yang tidak bersalah dibunuh, ditembak, diseksa. Mungkin mereka sebaya denganku, tetapi aku tidak setabah mereka. Semoga kau semua ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Aku tahu mulut lebih mudah berkata-kata berbanding perbuatan, tetapi hanya ini yang mampu aku lakukan.
Doa, doa, dan doa.
Sore eyes everywhere 👀
Thursday, August 21, 2014 | Thursday, August 21, 2014 | 0 BlackWhite
Assalamualaikum *hey peeps!
Its been almost a month... maybe hahaha ive not post anything here and tonight hehehe cop! Agak agak pelik tak tetibe aku hapdet memalam buta ni kan? Dah lah hari sekolah. Weh ko kan asrama penuh bukan nya asrama separuh! *ewah jangan kau berani ulang ayat aku tu eh eh* haa sebab nya kan kan kan... ive got 5 days MC because of sore eyes. Omg! Hahaha ada gaya parody 5 days mc tak? Kahkah okay tahu lah hambar jangan lah buat muka aku belasah kang haa 😑
Wabak sakit mata ni dah berleluasa kat sekolah aku. Terutamanya aspura. Eh wait kejap sebentar! I know u must be weird right kenapa macam bukan Amin je, macam bukan Amin je. Haa kan dah habaq mai acc ni ada dua orang pegang. Yg kena sore eyes bukan Amin ok hahaha yg lagi sorang tapi pemilik dirahsiakan ok nak sambung cerita! Haa aspura ni macam something wrong somewhere tau. Yg kena sore sehari macam kan separuh sekolah dah berjangkit serentak. Ah kau ye ye je kan hahaha. Tapi seriously ramai gila kena sore eyes. Punca? Wallahu'alam.
Dannnnn aku salah seorang mangsa nya. Memang tak dijangka langsung sebab apa? Sebab aku rasa biasa mulamula tiba tiba hahh ambik kau gatal gatal sampai nak pejam mata pun rasa pedih. Bangun pagi mata takleh bukak teruih. Hahh nasib engko lah wehh hahaha. Dan aku ke klinik pagi tadi akhirnya... ive got 5 days mc. Omg! *mulut mumcung kittt hahahahaha*
Tapi cuti tiada gunanya. Tanpa kau disini... *ewah ayat kemain dramatis lagi kau pfft haha* seriously bosan gila. I need u now. Balik lah jugak. Buat buat sakit mata ahahaha dapat 5 days mc 😋 selalu nampak awak kat sekolah. Ni... saya tak nampak awak, awak tak nampak saya. Wehh. Balik lah cepat!!! Im waiting for u. Pray for me too! Cepat lah dah rindu hahah weh gatalnya nak spm kan dah abaikan ok bye assalamualaikum! 💕💕💕
P/S : rindu buah hati pengarang jantung sayang saya.
Waaa cepat lah balik! 😭
SPM menjelang tiba 😱
Sunday, August 3, 2014 | Sunday, August 03, 2014 | 0 BlackWhite
Assalamulaikum! *knock knock*
Hehehe dah lama tak muncul kat blog ni. Hampir tiga tahun dah blog ni ditinggalkan. Bukan setakat sawang habuk dah, mungkin sudah didiami tikus dan lipas dll *nampak sangat ke aku menipu dalam hal hal ni? Ewah jangan nak ketawa beria sangat mungkin lipas ada kat kaki kau sekarang*
So... apa cer kan? Kenapa lambat sangat nak update kan sampai dua tiga tahun baru muncul? Em biasa lah kami ni dak dak asrama penuh, kalau asrama separuh mungkin tertangguh dua tiga bulan je *weh ko ingat lawak ke tu* kalau rasa menyampah boleh dah tekan x kat atas tu okay bye utk yg dah tekan 👋
Haa fyi sekarang acc ni dah dipegang oleh dua orang! *keching keching* ekeke agak agak siapa lah lagi sorang tu kan selain drpd Amin? Teka ah alah asyik aku je nak cakap kau lah pulak teka! Okay korang teka lah lepas ni aku malas lah nak taip nama dia macam semak je kan wkwkwk pepandai lah engkorang semua pikir ye~
Haa raya pun baru 7 hari. Aku pulak nak kena balik asrama dah. What a sad life kan. Esok trial. Weh trial. Omg lepas tu spm. Ehhhh cop. Trial tu apa? Ko google je lah. Susah sangat kan teknologi sekarang dahh makin maju hah apa lagi? Google sekarang. Aku cakap pi google sekarang. Ye, sekarang! *mcm lah ada orang nak baca mende yg aku merapu ni*
Doakan lah utk result trial aku kan. Dan lagi sorang si pemilik acc ni kan. Mana lah tahu berkat doa korang + ibu bapa kitaorang + kawan kawan kitaorang + cikgu cikgu kitaorang + sedara mara kitaorang +.... ko tambah lah lagi sesiapa kan hahahaha haa mana lah tahu berkat doa korang boleh buat kitaorang sukses kannnn in shaa Allah amin! Hehehe dah lah... nak kena packing utk balik ke asrama 😭😭😭 sedih ok sedih bye jumpa lagi sebulan or dua bulan or hujung tahun hahaha see ya! 😘
Geli
| Sunday, August 03, 2014 | 0 BlackWhite
Ok hai lama tk bukak blog aku sampai la Shera stalk. Ok saya geli dgn blog ni. nasib la saya tk geli dgn awak ok bai |