I'm Waiting You
SuperAwesome



Assalamualaikum and bonjour!

This blog is handle by two; him and her.

No Copymeows and Anon here. I'll kill you later bye.


Round-Round



Story About Fav ♥ L.O.V.E


Square-Square






Triangle-Triangle


Skin Made by Aina Hanani
Background Founder by Qay
Best view in Google Chrome only
Cursor by Drikoti & Aina Hanani
Kesakitan.
Friday, September 12, 2014 | Friday, September 12, 2014 | 0 BlackWhite
Assalamualaikum!

Ehem ehem. Well sekarang dah cuti, aku pun cuti! *yayyyyyy* sepatutnya mana boleh cuti ada kelas tambahan, well i ada sebab okay jangan jealous :p HAHAHA okay as usual blog ni bukan lahh dikendalikan oleh Amin Aiman si pemalas tetapi oleh dak somel hihi takleh gitau sape uuuuuuuuu wekk :p


Okay.... Kenapa ko tetibe boleh skip kelas? Ponteng? Cuti beranak? Ke kahwin? Ewah tak lawak lah, dah lah takde orang baca *nangis bawah selimut* haaaa ada lahh sebabnya. Nak tahu ke? Panjang ceritanya~ meh lahh sini aku cerita kannn nnti kempunan kang siap gigit laptop lagi okay kalau tak kelakar senyum je ok?! SENYUM JE SENYUM SENYUM SENYUM *senyum*

-
-
-
-
-
-
-

Hari Jumaat ada program motivasi dgn penceramah luar. Memang best gila! Siap nngs rasa insaf kauuuu haaa kalau tak tobat nasuha kat situ tak tau nak habaq guane lah kannn. Lepas tu aku ajak kengkawan outing dengan aku. Fuhh freedom dia takyah cakap lah kan. Ibarat kau baru keluar dr hutan takde internet gadget apa bagai. Tersenyum macam kera dapat bunga haa ok melampau. Lepas tu aku mmg dah cadang nak gi klinik sebab pinggang aku asyik sakit je. Sedih ok nak belajar macam seksa je. Diorang pun teman lah aku.


Sampai klinik aku pun daftar bla bla bla, "NO ****, BILIK 3" Alah ko macam tak pernah gi klinik pulak kan. Adalah announcement aku pun masuk lah bilik kan dah no aku takkan nak guling guling kat lobi pulak lol eh dah lah merepek --' Nak diadikan cerita, doktor suh aku gi HTAA kat emergency sebab takut appendix............ T.T


Tunggu punya tunggu macam tunggu beratur shopping... fuh aku datang pukul 4, pukul 7 aku kena tahan wad. Aku disahkan kena operate appendix. Punya lah sedih aku kan. Haa tak lawak tau aku tunggu 3 jam macam tugu negara dalam sepital tu pfffft. Eh tak cerita kan apa jadi kat kengkawan aku yang ikut? HAHAHAHA.


Sebelum aku gi sepital tu, mak aku hantar diorang kat Kuantan Parade (KP) sebab rasa kesian lah pulak outing ikut aku nak gi klinik sepital semata ke kan. So aku drop diorang kat KP and aku bg lah phone aku takut emergency *padahal phone dah nyawa nyawa ikan time tu haa ko main lagi merepek repek dalam phone tu hahaha* so diorang balik lambat dengan akak aku sebab mak aku dengan aku. Terpaksa lah sampai lambat kat skolah sebab kejadian secara tetibe ni. Sorry guys sebab nyusahkan korang tp thanks dah happy kan hidup aku seharian hehehe :)


Aku pun duduk sepital dan nak dipendekkan cerita aku kena operate sabtu tengahari. Haa ko kelakar ke tak aku dengan je orang jerit "MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!", padahal aku menangis kesakitan dalam sepital tahan sakit punya pasal. So hari ahad aku check out dan aku MC 2 minggu! Hahaha bahagia doe seminggu duk rumah. Lepas seminggu duduk rumah,TETIBE MAK AKU KATA "ADIK, MINGGU DEPAN AWAK GI SEKOLAH EH?" Pergh time tu aku rasa macam... *meraung dalam hati taknak!* tapi aku pikir utk masa depan aku kan. Dah tu sape nak jawab spm aku? Mak aku? Kakak aku? Tak lawak kan. Ok.


So minggu ni aku gi sekoloh ulang alik dr rumah. Banyak mende lg aku takleh buat. Barang banyak banyak takleh bawak. Beg sekolah pun orang angkatkan. Sedih tak cerita aku? Ewah beria hahaha sampai makan pun kena jaga. "EH TU AWAK TAKLEH MAKAN, EH JANGAN MAKAN NANTI GATAL!" Haa dugaan untuk aku, aku terima jelah. Sebab tu aku tak dtg kelas esok and lusa. Ada hal sikit ok. Hahh sedih tp seb baik kelas English dengan LK. Kalau subjek kritikal, nngs tertonggeng aku skip kelas hahaha.


So banyak mende aku tertinggal. Tapi nasib baik dah habis topik DAN BUKAN WAKTU SPM. Buat latihan je sekarang. Kalau tak skip topik yg susah susah nganga aku. Pastu takpun jawab spm dalam wad ahhhhh memang taklah kan!!! Hahaha tak sanggup eden wei. Okay lah aku nak pi study banyak mende nak kena cover balik. Tapi kan, seronok lah bila datang sekolah kawan kawan semua caring.


"Eh ko datang? Kata cuti lagi?" 
"Okay tak? Larat ke ni?" 
"Wehhhhhh ko sihat dah ke? Takpe ke ni?"


Adalah lagi kan. Tapi mana nak ingat semua. Terharu tau! Sayang awaa semuaaaa :')

Tapi ni yang paling ingat sekali;

Jaga diri elok elok. Jangan buat saya risau ok. Get well soon dak somel! :)


*dia tak panggil lahh aku dak somel, kan takleh bgtahu nama :p* 


Older Post | Newer Post